Kerajaan Sabah terus komited membantu rakyat melalui Bantuan Sabah Prihatin 4.0 2025, khusus untuk isi rumah berpendapatan rendah, golongan miskin, dan miskin tegar eKasih. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dengan bayaran tunai RM900 kepada penerima yang layak.
Adakah anda salah seorang penerima bantuan ini? Semak status kelayakan Bantuan Sabah Prihatin 4.0 2025 dan ketahui tarikh pembayaran serta cara permohonan di sini!!

APA ITU BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0
Bantuan Sabah Prihatin 4.0 atau nama sebenar Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup sekaligus memenuhi keperluan asas penerima.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia; dan
- Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
- Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0
Status Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:
- Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut:
https://padans.sabah.gov.my/ - Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
- Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
- Selesai.
TARIKH PERLAKSANAAN SABAH PRIHATIN 4.0
Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:
FASA PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Satu (Fasa 1) | Bermula 19 Februari 2025 |
Dua (Fasa 2) | April – Mei 2025 |
Tiga (Fasa 3) | Ogos – September 2025 |
Empat (Fasa 4) | Bermula Oktober – Disember 2025 |
Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.
JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
FASA PEMBAYARAN | AMAUN BANTUAN (RM) |
---|---|
Penyaluran Bagi Setiap Fasa (Fasa 1, 2, 3 dan 4) | RM 900 |
CARA PEMBERIAN BANTUAN SABAH PRIHATIN 4.0 KEPADA PENERIMA
Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:
- Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan; - Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
Bantuan akan diberikan secara tunai; atau - Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Hotlink Program Sentuhan Kasih Rakyat: 088 338 338
- Portal Rasmi Program Sentuhan Kasih Rakyat: https://padans.sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq0/.