Bantuan Sara Hidup 2025 adalah inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup. Pelbagai bantuan disalurkan secara bersasar sepanjang tahun untuk meringankan beban kewangan golongan yang memerlukan.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan penerima Bantuan Sara Hidup 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan, cara semakan, dan langkah permohonan.

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP
Kerajaan Madani mewujudkan Bantuan Sara Hidup yang rasminya diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang khas untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya untuk komuniti berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40) bagi sepanjang tahun 2025 ini.
KADAR AMAUN AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025
Setiap penerima akan menerima agihan Bantuan Sara dengan kadar amaun seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS SEDIA ADA | PENERIMA BERSTATUS BAHARU |
---|---|
Bujang : RM600 setahun Warga Emas : RM1,650 setahun Isi Rumah : RM2,100 setahun | Bujang : – Warga Emas : RM450 setahun Isi Rumah : RM900 setahun |
*Nota : Bagaimanapun, kadar amaun di atas akan diagihkan secara ansur dengan kadar antara RM50/RM100/RM150/RM200 setiap bulan.
TARIKH AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025
Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan Sara kepada setiap penerima yang layak :
PENERIMA BERSTATUS SEDIA ADA | PENERIMA BERSTATUS BAHARU |
---|---|
15 Januari 2025 01Februari 2025 01Mac 2025 01April 2025 01Mei 2025 01Jun 2025 01Julai 2025 01 Ogos 2025 01September 2025 01 Oktober 2025 01November 2025 01Disember 2025 | 01April 2025 01Mei 2025 01Jun 2025 01Julai 2025 01 Ogos 2025 01September 2025 01 Oktober 2025 01November 2025 01Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP 2025
Untuk mengetahui status anda layak atau tidak terima Bantuan Sara, ikuti panduan semakan status kelayakan seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA AGIHAN BANTUAN SARA HIDUP 2025
Kerajaan telah menyelaraskan cara agihan Bantuan Sara Hidup kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana bantuan akan diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (IC) penerima khas untuk menampung kos pembelian barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless).
KEGUNAAN BANTUAN SARA HIDUP YANG DIAGIHKAN
Antara kegunaan Bantuan Sara yang diagihkan melalui kad pengenalan (IC) adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.tps://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.