E-Wallet 200 Bayaran 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon
Penggunaan e-Wallet semakin popular di Malaysia kerana kemudahan transaksi tanpa tunai (cashless). Namun, ramai yang masih tidak pasti sama ada mereka layak menerima bantuan e-Wallet RM200 pada tahun 2025. Golongan seperti warga emas dan belia sering menghadapi kesukaran dalam memahami proses semakan dan tuntutan bayaran ini.
Bagaimanakah cara untuk menyemak kelayakan dan status penerimaan e-Wallet RM200? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat kelayakan, cara semakan dan langkah tuntutan bantuan ini.

EWALLET 200 BAYARAN 2025
Bagi memudahkan semua golongan menerima bayaran bantuan, pihak kerajaan menyalurkan Bantuan SARA secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) dan bukanlah melalui aplikasi e-Wallet seperti yang ditularkan.
MANFAAT BAYARAN 200 2025
Antara manfaat daripada bayaran Bantuan SARA bernilai RM200 sebulan adalah penerima boleh membeli beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan setiap bulan.
Penerima hanya perlu membuat pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan kad pengenalan (MyKad) sahaja setiap bulan tanpa perlu membuat pengeluaran tunai dan bukan melalui aplikasi e-Wallet.
JADUAL BAYARAN 200 2025
Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan SARA RM200 bagi sepanjang tahun 2025 :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | RM100 |
2. | Februari 2025 | RM100 |
3. | Mac 2025 | RM100 |
4. | April 2025 | RM200 |
5. | Mei 2025 | RM200 |
6. | Jun 2025 | RM200 |
7. | Julai 2025 | RM200 |
8. | Ogos 2025 | RM200 |
9. | September 2025 | RM200 |
10. | Oktober 2025 | RM200 |
11. | November 2025 | RM200 |
12. | Disember 2025 | RM200 |
KRITERIA PENERIMA BAYARAN 200 2025
Pembayaran Bantuan SARA yang bernilai RM200 sebulan adalah khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 200 2025
Ketahui status kelayakan anda menerima bayaran Bantuan SARA RM200 melalui semakan status di pautan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.