LOGIN BANTUAN STR SEMAKAN : SEMAK STATUS FASA 1
TERKINI! Tarikh saluran bagi Sumbangan Tunai Rahmah atau lebih dikenali sebagai STR 2025 telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan secara rasmi iaitu untuk fasa 1 adalah bermula 22 Januari 2025, Rabu.
Oleh demikian, bakal penerima digalakkan untuk semak kelulusan anda. Sekiranya anda gagal untuk menerima bantuan, anda boleh memohon rayuan.
Bagaimanakah login bantuan STR semakan? Anda boleh rujuk info dan maklumat terkini dibawah.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai ciri-ciri kelayakan seperti dibawah yang layak menerima bantuan STR 2025 ini:
- a. Isi Rumah
- i. Kahwin; atau
- ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- b. Warga Emas Tiada Pasangan
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- c. Bujang
- i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN STR
Kadar bayaran bagi bantuan STR ini adalah berbeza mengikut kategori yang dipohon. Rujuk rajah dibawah:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2,500 ke bawah | Tiada Anak: RM 1,000 Anak 1-2: RM 1,500 Anak 3-4: RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2,01 hingga RM 5,000 | Tiada Anak: RM 500 Anak 1-2: RM 750 Anak 3-4: RM 1,000 5 dan keatas: RM 1,250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5,000 dan ke bawah | RM 600 |
Bujang RM 2,500 dan ke bawah | RM 600 |
TARIKH BAYARAN
Pihak kementerian baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi untuk penyaluran bantun STR 2025 fasa 1 iaitu bermula dari 22 Januari 2025, Rabu ke akaun penerima masing-masing. Penerima yang berstatus layak tetapi tidak mempunyai akaun sendiri, boleh hadir ke Bank Simpanan Nasional untuk melakukan penunaian di kaunter.
LOGIN BANTUAN STR SEMAKAN
Semakan status boleh dibuat secara dalam talian bagi mengetahui kelayakan yang diluluskan adalah tepat dan betul. Rujuk panduan di bawah:
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
- i. Tarikh Kredit
- ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
- iii. Nama Penerima
- iv. Fasa Pembayaran
- v. Jumlah Dikredit
- vi. Status Kredit
- vii. Nama Bank dan No akaun
- Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Penerima yang terlupa atau ingin menukar kata laluan, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna.
E-mel : [email protected].
Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566