Pengeluaran KWSP Setiap Masa 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon (Min RM50)

Berita baik untuk pencarum! Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membenarkan pengeluaran sehingga 10% daripada akaun KWSP pada bila-bila masa, termasuk untuk kegunaan peribadi atau kecemasan. Pengeluaran minimum hanya RM50, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Bagaimana cara pengeluaran KWSP setiap masa? Semak status kelayakan anda dan ikuti panduan lengkap di bawah untuk permohonan pengeluaran secara online.

Pengeluaran KWSP Setiap

APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Pada tahun 2024, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun KWSP dan membahagikan kepada tiga (3) akaun iaitu 75% akaun Persaraan, 15% akaun Sejahtera dan 10% akaun Fleksibel.

Akaun yang membolehkan ahli membuat pengeluaran wang simpanan KWSP pada setiap masa adalah akaun Fleksibel bagi keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan pada bila-bila masa sahaja.

HAD PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Untuk pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun 3 (Fleksibel) mempunyai had yang ditetapkan iaitu tidak kurang daripada RM50 serta tidak melebihi jumlah wang simpanan yang ada di dalam akaun 3 (Fleksibel)

SYARAT PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Hanya individu / ahli yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja boleh membuat pengeluaran wang simpanan akaun 3 (Fleksibel) KWSP pada bila-bila masa :

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50.

KAEDAH PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025

Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran wang simpanan akaun 3 (Fleksibel) KWSP, iaitu :

  • Secara atas talian (online) melalui aplikasi i-Akaun / Portal Rasmi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual di kaunter cawangan KWSP seluruh Malaysia bagi ahli Bukan Warganegara Malaysia yang tidak boleh mengakses aplikasi i-Akaun.

CARA PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025

Bagi yang ingin membuat pengeluaran wang simpanan KWSP daripada akaun 3 (Fleksibel), ikuti cara pengeluaran seperti berikut :

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

*Nota : Setelah permohonan diluluskan, ahli perlu menunggu wang dikreditkan ke dalam akaun bank dalam masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
  • Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara