Semak Status Bantuan Sabah 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM300 Sebulan

Semak Status Bantuan Sabah 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran RM300 Sebulan

Kerajaan Negeri Sabah komited dalam memastikan kebajikan rakyat, khususnya golongan miskin dan miskin tegar, terus terpelihara daripada kesan peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, Bantuan Sabah 2025 diperkenalkan sebagai Sentuhan Kasih Rakyat, dengan bantuan kewangan RM300 sebulan bagi meringankan beban serta meningkatkan taraf hidup penerima yang layak.

Bagaimana cara semak status Bantuan Sabah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk semakan kelayakan dan pembayaran.

PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025

Bantuan Sabah diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat yang merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang dikreditkan sebanyak RM300 setiap bulan bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat di Negeri Sabah.

TUJUAN PELAKSANAAN BANTUAN SABAH 2025

Antara tujuan Bantuan Sabah dilaksanakan sepanjang tahun 2025, adalah untuk :

  • Mengurangkan Beban Kewangan : Bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan akan membantu isi rumah memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup : Dengan bantuan ini, penerima berpeluang untuk memperbaiki keadaan ekonomi keluarga mereka serta memberi tumpuan kepada pendidikan dan kesihatan anak-anak.
  • Menyokong Golongan Miskin : Program ini menjadi bukti komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam membela nasib golongan yang kurang bernasib baik.

STATUS KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2025

Bantuan Sabah akan diberikan khas kepada rakyat Sabah yang berkelayakan seperti berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.

*Nota : Sekiranya anda memenuhi yang ditetapkan seperti di atas, anda juga layak untuk memohon.

SEMAK STATUS BANTUAN SABAH 2025

Pihak Kerajaan Negeri Sabah belum membuka sebarang portal rasmi untuk semakan status atau status penerima yang layak akan dimaklumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah dari semasa ke semasa.

SEMAK TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SABAH 2025

Pelaksanaan Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat) untuk fasa yang pertama (1) bakal bermula pada bulan Februari 2025 khas kepada 100,000 ribu rakyat Sabah yang pertama dan seterusnya secara ansur setiap bulan sepanjang tahun 2025.

PERMOHONAN BANTUAN SABAH 2025

  • Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) :
    • Pemohon boleh mengunjungi pejabat UPPM di daerah masing-masing untuk mendapatkan borang permohonan. Pegawai di UPPM akan membantu memproses dokumen dan memastikan maklumat anda lengkap sebelum dihantar.
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) :
    • Pemohon juga boleh menghubungi atau mengunjungi JPKK di kawasan anda untuk mendapatkan bantuan dan panduan berkaitan proses permohonan.
  • Ketua Kampung :
    • Ketua Kampung memainkan peranan penting dalam memastikan setiap penduduk yang layak mendapat maklumat tentang program ini. Mereka akan membantu dalam pengesahan permohonan.

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon :

  • Salinan MyKad pemohonSlip gaji atau dokumen pengesahan pendapatan (jika ada)
  • Surat pengesahan pendapatan daripada Ketua Kampung
  • Semua dokumen sokongan perlu dilengkapkan sebelum permohonan dihantar untuk memastikan kelancaran proses pendaftaran.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.