Pengeluaran KWSP Setiap Masa 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon (Min RM50)

Program Pengeluaran KWSP Setiap Masa 2025 memberi fleksibiliti kepada pencarum untuk mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa, dengan jumlah minimum serendah RM50. Inisiatif ini bertujuan membantu ahli yang menghadapi kesulitan kewangan dalam situasi kritikal dan mendesak.

Bagaimana cara semakan kelayakan pengeluaran KWSP 2025? Ketahui syarat, cara permohonan, dan maklumat lanjut mengenai skim ini di sini.

Semak Kelayakan

APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA (AKAUN FLEKSIBEL)

Akaun 3 (Akaun Fleksibel) KWSP merupakan akaun simpanan tambahan untuk keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan. Simpanan dalam Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk kegunaan kecemasan dan keperluan mendesak tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP.

SYARAT PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA

Pengeluaran KWSP akaun fleksibel hanya dibenarkan kepada individu yang memenuhi syarat yang ditetapkan seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
  • Belum mencapai umur 55 tahun;
  • Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
  • Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50

CARA MOHON PENGELUARAN SIMPANAN

Permohonan Simpanan KWSP bagi Akaun 3 boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti berikut:

  • Secara Online di Portal Rasmi KWSP i-Akaun / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
  • Secara manual melalui ahli Pejabat KWSP berdekatan bagi bukan warganegara.

PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN PENGELUARAN KWSP AKAUN FLEKSIBEL ONLINE

Permohonan Pengeluaran Simpanan KWSP Akaun 3 melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
  2. Pilih menu [Pengeluaran].
  3. Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
  4. Pilih [Akaun Fleksibel].
  5. Klik pada butang [Keluar Sekarang].
  6. Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
  7. Kemaskini maklumat akaun bank anda.
  8. Kemudian, klik butang [Teruskan].
  9. Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
  10. Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
  11. ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara