Semakan Bayaran Bantuan Sabah 2025: Cek Status Penerima SUKUR RM900

Kerajaan Negeri Sabah terus komited membantu golongan kurang berkemampuan dengan memperkenalkan Bantuan Sabah 2025, termasuk bayaran tunai RM900 menerusi Program SUKUR. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat serta mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri ini.

Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak status bayaran Bantuan Sabah 2025 dan ketahui cara membuat semakan serta tarikh pembayaran di sini!

APAKAH ITU BANTUAN SABAH 2025

Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah merupakan inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah bagi meringankan beban kewangan Rakyat Sabah yang memerlukan bantuan terutamanya mereka daripada golongan B40 (Miskin dan Miskin Tegar eKasih) dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Beralamat dan bermastautin di negeri Sabah sekurang-kurangnya satu (1) tahun; dan
  3. Pemegang Kad Pengenalan berstatus ’H’.
  4. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) setakat 31 Disember 2024; ATAU
  5. Ketua Isi Rumah (KIR) yang tercicir daripada sistem eKasih dengan pendapatan isi rumah kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025

Penyaluran Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah seperti berikut:

FASA PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Satu
(Fasa 1)
Bermula 19 Februari 2025
(Rabu)
Dua
(Fasa 2)
April – Mei 2025
Tiga
(Fasa 3)
Ogos – September 2025
Empat
(Fasa 4)
Bermula Oktober – Disember 2025

Untuk makluman, penerima bagi Fasa 1 adalah golongan miskin tegar dan miskin dalam pangkalan data eKasih sehingga 31 Disember 2024. Permohonan yang diterima pada 1 hingga 31 Januari 2025 (bukan senarai eKasih) akan diproses pada Februari hingga April 2025 dan penyaluran bayaran bagi penerima yang layak akan bermula pada bulan Mei 2025.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025 FASA PERTAMA

Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

FASA PEMBAYARANAMAUN BANTUAN
Penyaluran Bagi Setiap Fasa
(Fasa 1, 2, 3 dan 4)
RM 900

CEK STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SABAH

Status Penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah, di Pautan berikut:
    https://padans.sabah.gov.my/
  2. Halaman utama Portal Program Sentuhan Kasih Rakyat dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-) untuk membuat semakan.
  4. Maklumat Status Penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak’ Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah.
  5. Selesai.

CARA PEMBERIAN DUIT BANTUAN SABAH KEPADA PENERIMA YANG LAYAK

Bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan disalurkan seperti berikut:

  • Penerima yang Mempunyai Bank Akaun:
    Pengkreditan terus ke akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan;
  • Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’:
    Bantuan akan diberikan secara tunai; atau
  • Mempunyai akaun e-Wallet YONO Superapp:
    Bayaran akan dikreditkan dalam e-Wallet YONO Superapp penerima.

RUJUKAN

Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq