Bayaran Budi Madani 2025 ialah inisiatif bantuan tunai kerajaan sebagai sebahagian daripada program penyasaran subsidi diesel. Bantuan RM200 ini diberikan kepada individu yang layak, khususnya mereka yang bukan dalam golongan T20 dan memiliki kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia.
Ingin tahu sama ada anda layak menerima Bayaran Budi Madani? Semak status kelayakan serta panduan lengkap permohonan di bawah.

APA ITU BUDI MADANI
Bantuan Budi Madani diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang mempunyai kenderaan pengangkutan barangan darat tertentu terus mendapat subsidi bagi mengawal harga barangan, manakala individu terpilih diberikan bantuan tunai bagi membendung kenaikan kos sara hidup.
JUMLAH BAYARAN BUDI MADANI 2025
Pembayaran Bantuan Budi Madani adalah dengan jumlah sebanyak berikut :
PERKARA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bantuan Budi Madani | RM200 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN BUDI MADANI 2025
Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan Budi Madani mengikut permohonan :
- Januari hingga Jun :
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI | PELAKSANAAN BAYARAN |
---|---|
Januari | 7 Februari 2025 (Jumaat) |
Februari | 7 Mac 2025 (Jumaat) |
Mac | 11 April 2025 (Jumaat) |
April | 9 Mei 2025 (Jumaat) |
Mei | 6 Jun 2025 (Jumaat) |
Jun | 7 Julai 2025 (Jumaat) |
- Julai hingga Disember :
TARIKH PERMOHONAN BUDI MADANI | PELAKSANAAN BAYARAN |
---|---|
Julai | 8 Ogos 2025 (Jumaat) |
Ogos | 8 September 2025 (Isnin) |
September | 8 Oktober 2025 (Rabu) |
Oktober | 7 November 2025 (Jumaat) |
November | 5 Disember 2025 (Jumaat) |
Disember | 9 Januari 2025 (Jumaat) |
CARA BAYARAN BUDI MADANI 2025
Terdapat dua (2) cara pembayaran Bantuan Budi Madani, iaitu :
- Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BUDI MADANI 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan Budi Madani :
- Syarat Pemohon :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan tahunan individu dan pasangan RM100 ribu dan ke bawah berdasarkan data LHDN.
- Syarat-Syarat Pemilikan Kenderaan :
- Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu;
- Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan Kenderaan) aktif;
- Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia; dan
- Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad.
- Syarat Tambahan Tidak Layak BUDI :
- Motosikal diesel;
- Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat / pertubuhan;
- Kenderaan mewah di bawah usia 10 tahun;
- Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing; atau
- Jenis kenderaan: Karavan, motorhome, van persiaran, dan bas persiaran.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BUDI MADANI 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan Budi Madani, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi BUDI MADANI di pautan ini : https://budimadani.gov.my/.
- Halaman utama BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] di atas.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- “Kata kunci keselamatan anda” akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] sekiranyan kata kunci yang dipaparkan adalah betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan dengan betul.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Status bayaran BUDI MADANI akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Budi Madani, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian BUDI MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf.df: https://budimadani.gov.my/Download/Faq/FAQ_BUDI_Individu.pdf