Bagi menggalakkan penggunaan pembayaran digital, kerajaan telah memperkenalkan bantuan eWallet RM200 yang akan disalurkan terus melalui MyKad. Bantuan ini membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas secara tanpa tunai, selaras dengan usaha meningkatkan ekonomi digital negara.
Bagaimana cara semakan status kelayakan untuk bayaran eWallet RM200 2025? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini.

APA ITU BANTUAN EWALLET 2025
Bantuan tanpa tunai (cashless) e-Wallet atau e-Dompet dalam konteks ini merujuk kepada Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana bantuan disalurkan kepada penerima tanpa melibatkan wang fizikal. Sebaliknya, bantuan ini dikreditkan secara digital ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini membolehkan penerima menggunakan MyKad tersebut untuk membuat transaksi pembayaran bagi pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di pasar raya terpilih.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN EWALLET 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus Kategori Miskin dan Miskin Tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
PORTAL ONLINE SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN EWALLET 2025
Semakan bantuan eWallet ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN EWALLET 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan |
Bujang (Setiap Individu) | – | – |
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN EWALLET 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih | Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) | Bulan Januari : 15 Januari 2025 Bulan Februari: Tarikh akan dikemas kini dari semasa ke semasa. |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) | Tarikh agihan bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara