SEMAKAN MYKASIH : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

SEMAKAN MYKASIH : 2025 CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM100 & RM50 SETIAP BULAN)

Pelaksanaan SARA telah ditambah baik pada tahun 2025 bagi memenuhi keperluan barangan asas melalui program MyKasih. SARA adalah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah iaitu sumbangan tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

Penambahbaikan SARA ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA bagi tahap tertinggi, iaitu berjumlah sebanyak RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Bagaimanakah semakan MyKasih? Ikuti penjelasan lanjut dibawah dengan informasi dan maklumat terkini.

SEMAKAN STR FASA 1 2025

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH

Program bantuan SARA MyKasih ini mempunyai beberapa syarat untuk penerima, antaranya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah ( STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH

Kadar pemberian sumbangan untuk setiap kategori telah ditetapkan dan boleh dirujuk di dalam rajah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAJUMLAH SARA
MYKASIH 2025
Penerima Sedia Ada
(Miskin & Miskin Tegar)
Isi Rumah : RM 2,100
Warga Emas : RM 1,650
Bujang : RM 600
Penerima Baharu
(Bukan Miskin)
Isi Rumah : RM 900
Warga Emas : RM 450
Bujang : RM 0

TARIKH BAYARAN

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan Menteri Kewangan telah memaklumkan bahawa pengkreditan bantuan sebanyak RM100 untuk bulanan akan bermula pada 15 Januari 2025, Rabu untuk isi rumah kategori miskin dan miskin tegar. Rajah dibawah untuk dirujuk:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima miskin & miskin tegarSemenanjung Malaysia:
15 Januari 2025 (Rabu) hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
Februari dan Ogos 2025
Penerima bukan miskinSemenanjung Malaysia:
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak:
April dan Disember 2025

Catatan: Walaubagaimanapun, tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS MYKASIH

Penerima boleh membuat semakan status secara dalam talian dengan mengikuti panduan yang disediakan dibawah:

  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila layari portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
    4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
    5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
    6. Status penerima akan dipaparkan.
    7. Selesai.
  • Panduan Check Sara di Portal Rasmi MySTR :
    1. Sila layari portal rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Pada halaman utama, sila masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan tanpa (-) contoh : 83XXXXXXXXXX.
    3. Klik butang [Log Masuk].
    4. Seterusnya, klik [Semak].
    5. Tekan [Ya] sekiranya frasa keselamatan pemohon yang dipaparkan adalah betul.
    6. Masukkan kata laluan yang betul.
    7. Klik butang [Log Masuk].
    8. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].
    10. Status bayaran penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.

RUJUKAN

Segala perkongsian informasi mengenai bantuan kerajaan di sini adalah bagi memudahkan jangkauan orang ramai. Sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah:

Alamat E-mel : [email protected].

Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900