Senarai Nama Penerima Bantuan eKasih 2025: Semak Kelayakan RM200, RM100 & RM50

Senarai Nama Penerima Bantuan eKasih 2025: Semak Kelayakan RM200, RM100 & RM50

Bagi memastikan penyaluran bantuan tepat kepada yang layak, data kemiskinan eKasih digunakan dalam penentuan penerima Bantuan MyKasih (SARA). Nama penerima bantuan yang layak RM200, RM100, dan RM50 untuk tahun 2025 telah disenarai dan dikemas kini, memudahkan kerajaan dalam menyalurkan bantuan setiap bulan.

Bagaimana cara semak senarai nama penerima Bantuan eKasih 2025? Ketahui maklumat lengkap dan panduan semakan di bawah.

APA ITU BANTUAN EKASIH 2025

Data eKasih yang mengandungi maklumat rakyat miskin dan miskin tegar digunakan oleh agensi / kerajaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat yang benar-benar layak. Termasuk Bantuan MyKasih yang disalurkan sepanjang tahun 2025 melalui kad pengenalan penerima khas kepada penerima eKasih dan bukan eKasih.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Antara kelayakan eKasih adalah :

  • Ketua Isi Rumah Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan isi rumah di bawah PGK semasa; dan
  • Butiran maklumat pemohon yang lengkap.

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 :

  • Bantuan MyKasih Untuk Penerima eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bantuan MyKasih Untuk Penerima Bukan eKasih :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Berikut merupakan panduan semakan kelayakan pendaftaran eKasih :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih RM200, RM100 dan RM50, ikuti panduan semakan berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JUMLAH NAMA PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Nama penerima yang disahkan layak menerima Bantuan MyKasih adalah terbahagi kepada dua (2) kelayakan iaitu Penerima eKasih dan Bukan eKasih seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK
Penerima eKasih0.7 juta
(Isi Rumah, Warga Emas & Bujang)
Penerima Bukan eKasih4.7 juta
(Isi Rumah, Warga Emas)

KADAR AMAUN BANTUAN EKASIH 2025

Kadar amaun Bantuan MyKasih yang dikreditkan kepada setiap penerima adalah berbeza mengikut kelayakan dan kategori seperti berikut :

  • Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN MYKASIH
SETIAP BULAN
KADAR AMAUN
BANTUAN MYKASIH
SETAHUN
ISI RUMAHRM100 / RM200RM2,100
WARGA EMASRM100 / RM150RM1,650
BUJANGRM50RM600
  • Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR AMAUN
BANTUAN MYKASIH
SETIAP BULAN
KADAR AMAUN
BANTUAN MYKASIH
SETAHUN
ISI RUMAHRM100RM900
WARGA EMASRM50RM450

TEMPOH PELAKSANAAN BANTUAN EKASIH 2025

Pelaksanaan Bantuan MyKasih kepada penerima eKasih dan Bukan eKasih adalah selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATEMPOH PELAKSANAAN
BANTUAN
Penerima eKasihSelama 12 bulan
(Januari hingga Disember 2025)
Penerima Bukan eKasihSelama 9 bulan
(April hingga Disember 2025)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.