STR Fasa 2 Bayar 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Pembayaran
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 tahun 2025 dijangka melibatkan peruntukan yang lebih besar berbanding fasa pertama, yang telah menelan belanja RM2.3 bilion. Peningkatan ini selaras dengan pertambahan penerima baharu yang layak menerima bantuan kewangan ini.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan STR Fasa 2? Semak maklumat lengkap termasuk tarikh bayaran dan kategori penerima di sini.

CARA BAYARAN STR FASA 2 2025
Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa dua (2) adalah sama seperti sebelum ini seperti berikut :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa mengemukakan permohonan STR |
Penerima Tiada Akaun Bank | Perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat |
TARIKH STR FASA 2 BAYAR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) adalah dijangka pada tarikh berikut :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua (2) | Bermula 3 April 2025 Namun, sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa |
JUMLAH STR FASA 2 BAYAR 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) kepada setiap kategori penerima :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Bergantung bilangan anak : RM150 hingga RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Bergantung bilangan anak : RM100 hingga RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 |
Bujang | RM150 |
*Nota : Namun, setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran yang berbeza dan perlu menyemak jumlah bayaran pada portal rasmi.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.ividu/sa