Kerajaan Malaysia memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 sebagai inisiatif bantuan kewangan bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan barangan keperluan asas. Program ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat melalui bantuan tunai atau baucar khas.
Bagaimana cara semakan kelayakan penerima SARA 2025? Ketahui syarat, cara permohonan, dan status kelayakan bantuan ini dalam artikel berikut.

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CHECK STATUS SUMBANGAN ASAS SARA 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
AMAUN BULANAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah | RM100 sebulan | RM 200 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah | – | RM 100 sebulan |
Warga emas tiada pasangan | – | RM 50 sebulan |
CARA PENYALURAN SUMBANGAN ASAS SARA 2025
Pengkreditan bantuan adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan di pasaraya yang terpilih di Seluruh Malaysia secara tanpa tunai dengan menggunakan MyKad.
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGGUNAKAN MYKAD
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
SEMAK BAKI DUIT SUMBANGAN ASAS SARA DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh disemak melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara