Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup serta meningkatkan daya ketahanan kewangan. Bayaran STR diberikan secara berfasa bagi memastikan bantuan sampai kepada penerima yang layak pada waktu yang tepat.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 2025? Bagaimana cara menyemak status kelayakan penerima? Ketahui tarikh pembayaran rasmi dan cara semakan di sini..

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui anda layak atau tidak terima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua (2) dijangka bermula pada tarikh 3 April 2025 dan berperingkat atau kemungkinan lebih awal. Namun, sekiranya terdapat perubahan tarikh daripada Kementerian Kewangan (MOF), akan dikemaskini kembali dari semasa ke semasa.
KADAR AMAUN BAYAR STR FASA 2 2025
Berikut merupakan kadar amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar untuk fasa kedua (2) :
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
- RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
- RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150/ setiap individu warga emas.
- Bujang :
- RM150/ setiap individu bujang.
*Namun, penerima sedia ada dan penerima baharu perlu membuat semakan di portal rasmi STR untuk mengetahui kadar amaun yang layak diterima.
CARA BAYAR BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima adalah melalui cara berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan (bagi yang berkahwin) mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.sih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.
https://www.jpj.gov.my/